Friday 1 June 2012

KAJIAN TINJAUAN

                                                                                                                             

        

 SME 6044
ISU-ISU KONTEMPORARI DALAM PENDIDIKAN MATEMATIK




NAMA PENSYARAH : PROF. DR. MARZITA     BINTI PUTEH

TUGASAN 3 : PENULISAN KERTAS PROJEK

TAJUK :  PERSEPSI PELAJAR TERHADAP PENGGUNAAN PERISIAN KURSUS MATEMATIK DALAM PENGAJARAN
DAN PEMBELAJARAN


NAMA :   MAZNI BT MOHAMED  ( M20111000724 )




PENGHARGAAN


Kami amat bersyukur proposal ini diselesaikan dalam tempoh waktu yang ditetapkan. Penghargaan khusus dan jutaan terima kasih ditujukan kepada Prof. Dr Marzita Puteh selaku pensyarah bagi kursus Isu-isu Kontemporari Dalam Pendidikan Matematik. Segala tunjuk ajar, teguran dan bimbingan yang diberikan amat kami hargai.

Penghargaan juga dirakamkan kepada pengetua sekolah kerana membenarkan soal selidik dijalankan. Tidak lupa ucapan terima kasih kepada pelajar-pelajar yang terlibat sebagai responden yang menjawab soal selidik.

Penghargaan kepada keluarga yang tercinta kerana semangat dan sokongan yang tidak putus – putus yang diberikan. Akhir sekali terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung semasa menghasilkan penulisan kertas projek ini.




ABSTRAK


Kajian ini dijalankan untuk meninjau persepsi pelajar terhadap penggunaan perisian kursus Matematik dalam  pengajaran dan pembelajaran. Rekabentuk kajian yang digunakan adalah berbentuk deskriptif. Penyelidik menggunakan soal selidik skala Likert untuk melihat persepsi pelajar terhadap penggunaan perisian dari aspek pengajaran dan pembelajaran.Soal sedlidik terdiri daripada dua bahagian iaitu Bahagian A dan Bahagian B. Bahagian  A adalah soal selidik mengenai latar belakang pelajar manakala Bahagian B ialah soal selidik megenai persepsi pelajar dari aspek pengajaran dan aspek pembelajaran. Sampel kajian terdiri daripada 28 orang pelajar perempuan terdiri daripada 12 orang pelajar Melayu, 12 orang pelajar India dan 2 orang pelajar Cina. Mereka mempunyai persepsi positif terhadap penggunaan alat ICT dalam proses pengajaran pembelajaran. Kajian ini membuktikan bahawa kebanyakan pelajar mempunyai persepsi yang positif terhadap penggunaan perisian kursus di dalam pengajaran dan pembelajaran.



KANDUNGAN



Halaman
              PENGHARGAAN
i
              ABSTRAK
ii
              KANDUNGAN
iii

              BAB 1

PENGENALAN

                    1.1
Latar Belakang Kajian
1
                    1.2
Pernyataan Masalah
2
                    1.3
Tujuan dan Objektif Kajian
3
                    1.4
Persoalan Kajian
3
                    1.5
Kepentingan Kajian
3
                    1.6
Batasan Kajian
4
                    1.7
Definisi Operasional
4
                    1.8
Kerangka Konseptual Kajian
6

              BAB 2
TINJAUAN LITERATUR

                     2.1
Pengenalan
7
                     2.2
Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT)
7
                     2.3
Multimedia Dalam Pendidikan
8
                     2.4
Faedah Perisian Multimedia Dalam Pendidikan
9
                     2.5
Kepentingan Menguasai Kemahiran Teknologi Maklumat (ICT)
10
                     2.6
Peranan ICT Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Sekolah Menengah
11
                     2.7
Kekangan dan Cabaran penggunaan ICT dalam Pendidikan Sekolah Menengah

13
               BAB 3
METODOLOGI KAJIAN

                     3.1
Pengenalan    
15
                     3.2
Tempat dan Masa Kajian
16
                     3.3
Kaedah Kajian
16
                     3.4
Cara Kerja
16
                     3.5
Pengumpulan, Analisis Data dan Penulisan
17



               BAB 4
DAPATAN KAJIAN

                    4.1
Pengenalan
18
                    4.2
Latar Belakang Responden
18
                    4.3
Dapatan Kajian
19
                                                                                                                       
               BAB 5
RUMUSAN DAN CADANGAN

                   5.1
Dapatan Kajian
23
                   5.2
Cadangan
25



              RUJUKAN
26
              LAMPIRAN 






BAB 1

             PENGENALAN
Teknologi sentiasa bergerak seiring dengan kehidupan seharian. Teknologi bukan sekadar menjadi gaya hidup masa kini tetapi juga menjadi keperluan dan mempengaruhi setiap bidang kehidupan termasuk dunia pendidikan. Perisian multimedia merupakan salah satu teknologi yang digunakan di dalam pendidikan dan menjadi keperluan kepada guru-guru sebagai alat bantu mengajar bagi mewujudkan pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan dan bermakna. Perisian multimedia boleh diaplikasikan untuk hampir semua matapelajaran di sekolah termasuk matematik. Matematik merupakan matapelajaran yang memerlukan kemahiran berfikir dan kemahiran menyelesaikan masalah, ini menyebabkan sebilangan besar pelajar menganggap matematik adalah matapelajaran yang sukar. Penggunaan perisian multimedia matematik dengan gabungan audio, video, teks, grafik dan animasi menggantikan kaedah pengajaran tradisional yang hanya  menggunakan pen marker dan papan putih dapat mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang  berbeza dan lebih berkesan .

1.1            Latar belakang kajian

Mata pelajaran matematik merupakan salah satu mata pelajaran yang dianggap sukar oleh kebanyakan pelajar walaupun pengetahuan matematik sentiasa perlu dipraktikkan atau diaplikasikan dalam kehidupan seharian atau situasi sebenar. Kebanyakan pelajar tidak berminat dengan matematik kerana beranggapan matematik merupakan matapelajaran yang membebankan kerana perlu mempelajari konsep yang abstrak dan sukar difahami. Selain itu, kesukaran untuk mengaitkan teori dan kosep yang dipelajari dengan kehidupan sebenar juga mendorong para pelajar untuk merasakan matapelajaran ini begitu membebankan. Penggunaan perisian kursus adalah antara kaedah yang digunakan oleh guru bagi merangsang keinginan dan menanam minat pelajar di dalam mempelajari matematik. Walaupun pelbagai pihak menganggap penggunaan perisian mampu menarik minat memberikan kesan yang positif kepada pelajar namun persepsi  pelajar  dan kesan penggunaannya terhadap pencapaian pelajar perlulah di ketahui agar penggunaan kaedah ini menjadi lebih bermakna.

1.2            Pernyataan masalah

Sistem pendidikan di Malaysia mengalami perubahan yang radikal. Perubahan ini sudah pastinya melibatkan pelajar secara langsung.  Walaupun perubahan ini bertujuan memberikan kebaikan kepada pelajar tetapi persepsi pelajar juga perlulah di ambilkira agar ianya memberikan kesan yang positif kepada mereka. Kebiasaan guru menggunakan kaedah biasa iaitu buku teks dan papan putih menyebabkan pelajar juga sudah terbiasa dengan keadaan ini. Guru selalu mengajar mengikut buku teks dan ini akan menyebabkan fikiran pelajar mudah menjadi beku dan tidak kreatif. Pernyataan ini disokong oleh Fauziah Hashim(2002), bahawa pelajar didedahkan kepada penghafalan rumus tanpa mengetahui konsep sebenarnya.

Bagi kebanyakan pelajar matematik merupakan satu matapelajaran yang sukar. Menurut Marzita (2002), matematik bukanlah matapelajaran yang dianggap senang untuk dipelajari dan mudah untuk difahami oleh kebanyakan pelajar. Kesan daripada tanggapan tersebut menyebabkan pelajar kurang berminat terhadap matapelajaran ini. Bagi mengatasi masalah ini salah satu kaedah pengajaran yang dianggap berkesan  digunakan bagi menarik minat pelajar dan seterusnya meningkatkan pencapaian pelajar dalam matapelajaran ini ialah penggunaan perisian kursus. Kaedah pengajaran menggunakan perisian kursus ini dipercayai dapat membantu guru mengatasi masalah dalam mengajar pelajar yang berbeza kebolehan. Selain itu penggunaan perisian multimedia ini berjaya menarik  minat pelajar terhadap matematik kerana penggunaan grafik ,audio dan video yang menarik berbanding dengan pengajaran matematik secara tradisional iaitu menggunakan papan putih dan pen marker sahaja. Dalam kajian-kajian lepas walaupun sebahagian penyelidik menyatakan penggunaan perisian kursus tidak memberikan perbezaan yang signifikan berbanding dengan kaedah tradisional di dalam pengajaran dan pembelajaran matematik tetapi kebanyakan penyelidik samada dari dalam atau luar negara menyatakan sebaliknya. Dalam kajian-kajian lepas perhatian lebih banyak ditumpukan kepada kesan penggunaan perisian kursus terhadap pencapaian pelajar berbanding dengan persepsi pelajar terhadap perisian kursus.
1.3            Tujuan dan Objektif Kajian

Kajian ini dijalankan bagi mengkaji perspektif pelajar terhadap penggunaan perisian multimedia matematik di dalam pengajaran dan pembelajaran,  kesan penggunaan perisian multimedia  tersebut terhadap pencapaian pelajar dan persepsi pelajar terhadap kesan penggunaan perisian multimedia metamatik di dalam pengajaran dan pembelajaran.


Objektif kajian

Di antara objektif kajian ialah:               
1.     Mengenalpasti persepsi pelajar terhadap penggunaan perisian kursus dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik..

1.4     Persoalan kajian

Berdasarkan objektif kajian, persoalan yang akan dijawab ialah:
        Apakah  perspektif pelajar terhadap perisian multimedia?

1.5      Kepentingan kajian

Kajian  ini diharap dapat mengenalpasti persepi  pelajar terhadap pembelajaran dan pengajaran menggunakan perisian kursus matematik . Melalui dapatan kajian, maklumat yang diperolehi akan dapat membantu pelbagai pihak seperti guru, pihak sekolah dan Kementerian Pelajaran Malaysia mengetahui persepsi pelajar terhadap perisian kursus yang digunakan sebagai alat bantu mengajar. Perspektif pelajar perlu diketahui kerana pelajar terlibat secara langsung di dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Selain itu melalui dapatan kajian dapat diketahui kesan penggunaan perisian kursus terhadap pencapaian pelajar.



1.6    Batasan kajian
Kajian ini terbatas kepada pelajar-pelajar  dan sukatan pelajaran Tingkatan 3 di salah sebuah sekolah menengah kebangsaan di Ipoh, Perak sahaja. Responden terdiri daripada 28 orang pelajar  perempuan  yang terdiri daripada 12 orang pelajar Melayu, 12 orang pelajar India dan 2 orang pelajar Cina. Pelajar-pelajar ini terdiri daripada pelajar berpencapaian rendah dengan keputusan bagi kebanyakan pelajar iaitu 89% gagal atau memperolehi markah di bawah 40%  di dalam Ujian Formatif 1. Soal selidik meliputi latar belakang responden iaitu bangsa dan pencapaian dalam Ujian Formatif 1. Dapatan kajian ini merupakan persepsi pelajar terhadap penggunaan perisian kursus dalam pengajaran dan pembelajaran.


1.7  Definisi operasional

Persepsi

Persepsi merujuk kepada gambaran atau bayangan dalam hati atau fikiran. Ia juga membawa maksud pandangan atau  tanggapan (Kamus Dewan, 2002).

Pengajaran

Baharuddin Aris (2002) pula, pengajaran adalah pemilihan kaedah atau strategi untuk menyusun maklumat, aktiviti, pendekatan media untuk membantu pelajar mencapai objektif yang telah ditetapkan

Menurut Omardin (1997), Pengajaran  merupakan satu aktiviti yang rumit dan melibatkan penggunaan pelbagai bentuk dan jenis kemahiran. Ianya juha melibatkan perhubungan antara guru dan pelajar dan juga antara pelajar dengan pelajar yang lain .



Pembelajaran

Baharuddin Aris, Rio Sumarni (2002), pembelajaran adalah perubahan tingkah laku yang berlaku kepada pelajar akibat daripada interaksi dengan persekitaran. Secara umumnya pembelajaran adalah proses dengan kaedah tertentu sehingga seseorang memperoleh pengetahuan, pemahaman dan cara tingkah laku yang sesuai dengan keperluan.

Wan Ali (2000), apa sahaja yang dilakukan oleh manusia yang matang, atau sesuatu yang mampu dilakukan olehnya, boleh dianggap sebagai hasil daripada sesuatu pembelajaran.

Perisian

Rosseni (2001) mendefinisikan perisian sebagai satu set arahan menggunakan bahasa yang difahami oleh komputer untuk mengarahkannya menyelesaikan masalah yang dikehendaki. Zoraini Wati (1993) pula mendefinisikan perisian sebagai jujukan arahan yang perlu dilaksanakan komputer bagi menjalankan sesuatu tugas.

Multimedia

Multimedia bermaksud gabungan  unsur-unsur teks, grafik, animasi, audio dan video. Tujuan utama penggunaan multimedia adalah  sebagai alat komunikasi yang boleh meransang pelbagai deria. Gibson (2001) mendefinisikan multimedia sebagai satu sistem yang menggabungkan pelbagai media seperti teks, grafik, suara imej, animasi dan video yang membolehkan berlakunya  interactivity. Menurut Tay Vaughn (2001) multimedia adalah gabungan teks,audio,video dan animasi yang berasaskan penggunaan komputer atau media elektronik lain. Halimah (1996) pula mendefinisikan multimedia sebagai kesepaduan di antara pelbagai media: teks, imej, numerik, grafik, video, animasi dan suara dalam satu persekitaran digital, di samping mempunyai keupayaan interaksi.. Konsep ini menggabungkan unsur hiperteks dan hipermedia. Feldman (1996) mendefinisikan multimedia merangkumi pelbagai media seperti teks, grafik, animasi, imej, suara dan video.
Furht (1996)  mendefinisikan multimedia sebagai gabungan antara pelbagai media;  teks,  grafik,  animasi, imej  dan video.  Sedangkan Haffos. (Feldman 1994) mentakrifkan multimedia sebagai  sistem komputer yang terdiri daripada perkakasan dan perisian yang memberikan  kemudahan untuk  membolehkan gambar, video, fotografi, grafik  dan animasi disepadukan dengan suara, teks, data yang dikendalikan dengan program komputer. Semua rnaklumat yang ada di dalam program multimedia (suara, imej, teks dan data) kemudiannya, boleh  direkodkan  dalam  sebuah simpanan seperti cakera optik. Sedangkan  Thompson  (1994)  mendefinisikan  multimedia  sebagai  suatu  sistem  yang menggabungkan  teks,  imej,  video,  animasi,  suara dan membolehkan  interaktiviti.  Jayant,Ackland, Lawrence clan Rabiner (Infotech  1995) pula menyatakan bahawa multimedia adalah asas teknologi  komunikasi  moden yang meliputi  suara, imej dan video.

Perisian Kursus

Perisian kursus adalah perisian yang menggunakan gabungan teks, audio, video, grafik dan animasi yang membolehkan pelajar berinteraksi dengan komputer melalui susunan isi kandungan pelajaran yang telah diprogramkan. Perisian kursus biasanya mempunyai sistem tutorial, aktiviti simulasi di samping aktiviti uji minda dan penyelesaian masalah dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

1.8  Kerangka konseptual kajian


Aspek
Pengajaran







Rajah 1.1

BAB 2

TINJAUAN LITERATUR

2.1       Pengenalan

Kehadiran komputer serta teknologi moden yang berkaitan dengannya di dalam bidang pendidikan mampu membantu meringankan beban serta kekangan yang sedia wujud di dalam pembelajaran tradisi. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer, penggunaan komputer adalah menumpu kepada cara dan strategi persembahan maklumat yang digunakan bagi memindahkan ianya kepada ilmu pengetahuan yang bermakna dan bermanfaat. Bab ini membincangkan tentang teori-teori dan ciri-ciri pembelajaran dengan menggunakan perisian multimedia. Selain daripada itu juga, kajian-kajian yang lepas yang berkaitan dengan kaedah pembelajaran tersebut juga turut dibincangkan dalam tinjauan literatur ini.

2.2  Teknologi Maklumat dan Komunikasi ( ICT )

Pelbagai takrifan telah diberikan tentang teknologi maklumat. Salah satunya menurut Senn (1998), teknologi maklumat adalah gabungan ketiga-tiga komponen komputer, komunikasi dan tahu-guna. Menurut beliau lagi ia mencipta peluang kepada manusia dan organisasi untuk lebih produktif, berkesan dan umumnya berjaya. Oleh itu, logiknya, ketiga-tiga komponen ini tidak boleh dipisahkan apabila berbicara tentang teknologi maklumat. Komputer tanpa pengetahuan untuk menggunakannya dengan bijak tentulah tidak boleh dianggap sebagai satu teknologi yang berkesan.
Seterusnya, jika pengetahuan  untuk menggunakan komputer ada tetapi tanpa kebolehan untuk menyebarkan maklumat untuk berkomunikasi tentu tidak membawa banyak impak terhadap proses globalisasi yang sering diperkatakan kini. Dengan itu, umumnya, seperti yang dirangkumi oleh A.Razak et al (2000), teknologi maklumat ialah satu alat utama dalam era maklumat yang digunakan untuk mencapai, menyimpan dan menyebarkan maklumat terutama maklumat yang berbentuk digital. Selain itu, menurut Paisley dan Chen (1982) dipetik daripada Brown (1997), maklumat boleh dikatakan sebagai sesuatu yang memberi kesan kepada cara seseorang berfikir. Ia terkandung di dalam mesej yang boleh disimpan, dicapai dan dimanipulasikan.
Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) merangkumi aspek teknologi maklumat dan teknologi komunikasi. Teknologi maklumat ditakrifkan sebagai teknologi yang digunakan oleh individu untuk mengumpul data dan menganalisis data menjadi maklumat berguna dan bermakna, serta untuk menghasilkan maklumat dalam pelbagai bentuk seperti teks, grafik, suara, animasi dan maya. Data dan maklumat sentiasa diperlukan untuk tujuan tertentu seperti bagi tujuan peningkatan ilmu/pengetahuan, pengalaman, kemahiran dan kemampuan. Teknologi komunikasi membolehkan individu atau kelompok individu bertukar data dan maklumat dalam ruang waktu dan tempat yang tidak terbatas, dengan cepat dan dalam masa yang sama (‘synchronous’) melalui rangkaian setempat atau global.

2.3       Multimedia Dalam Pendidikan

Multimedia ialah integrasi elemen-elemen teks, audio, grafik, animasi, video dengan menggunakan komputer sebagai alat kawalan persembahan untuk membolehkan proses pembelajaran secara signifikan. Rekabentuk pengajaran berbantukan perisian multimedia adalah satu disiplin tentang kefahaman dan pembaikan proses pengajaran secara sistematik bagi memperolehi gol pengajaran.

Multimedia interaktif juga telah terbukti berkesan dalam membentuk serta mengekalkan maklumat untuk tempoh masa yang panjang dan ianya boleh dicapai kembali dalam masa yang lebih pantas berbanding kaedah pengajaran tradisi (Ng dan Komiya, 2000; Hofstetter, 1995). Selain itu, penggunaan elemen-elemen multimedia dalam proses pengajaran dan pembelajaran juga di dapati mampu menarik minat pelajar supaya mereka tidak merasa bosan dan dapat memberi tumpuan yang sepenuhnya terhadap proses pembelajaran (Thomas, 1996).

2.4       Faedah Perisian Kursus Dalam Pendidikan

Menurut Jamaluddin dan Zaidatun (2003) penggunaan perisian multimedia sudah semestinya mendatangkan kebaikan kepada pelajar di dalam pendidikan. Penggunaannya dapat mengatasi kelemahan serta masalah yang dihadapi di dalam proses pengajaran biasa di dalam kelas yang dilaksanakan secara tradisi. Ianya menjadi perangsang kepada guru serta menjadi alat yang dapat membantu guru menyampaikan pengajaran dengan berkesan. Antara beberapa faedah pembelajaran dengan menggunakan perisian multimedia adalah :

i.                 Menyokong Pembelajaran Kendiri
ii.               Membantu menyelesaikan masalah guru dalam pengajaran
iii.             Membantu Imaginasi Terhadap Perkara Abstrak
iv.             Keseronokan Belajar Dan Menjana Pemikiran Pelajar

Multimedia akan mengubah cara pengajaran biasa, yang memperlihatkan pelajar pintar akan menemui dan menjelajah tahap yang diajar oleh guru melalui kaedah biasa. Penggunaan perisian multimedia di dalam pendidikan adalah satu alternatif dalam mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran untuk menghasilkan pendidikan yang berkualiti. Oleh itu, perisian multimedia pendidikan ini dapat memperkaya proses pembelajaran. Ia bukan bermatlamat untuk menggantikan guru seperti kaedah pengajaran yang berasaskan guru seperti dalam kaedah biasa (Rozinah, 2002)

Gladwin et al. (1990) telah mencirikan beberapa kebaikan-kebaikan yang menggunakan komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran iaitu:
a.                Konsep boleh dijelaskan dengan lebih berkesan dengan adanya paparan grafik yang menarik dan berwarna.
b.               Teknik animasi memberi kesan aktif kepada pengajaran di mana tidak perolehi dengan menggunakan bahan pengajaran yang kaku.
c.                Sesetengah situasi dapat diterangkan dengan lebih jelas dengan adanya teknik simulasi.
d.               Penggunaan komputer membolehkan pelajar mempelajari topik yang diajar mengikut kebolehan.

2.5       Kepentingan Menguasai Kemahiran Teknologi Maklumat (ICT)

Chakrabarty (1979), menjelaskan bahawa literasi komputer membawa maksud mempelajari cara menggunakan sesuatu perisian mikrokomputer dan peranti-perantinya yang dapat menghasilkan sesuatu melalui penggunaan komputer. Manakala Dologite (1987), pula menyatakan literasi membawa maksud yang agak mudah, iaitu tahap pengetahuan dan kebolehan seseorang itu menggunakan komputer.

Pendapat beliau ini hampir sama dengan pendapat Hunter (1987), dalam kajiannya yang menyatakan literasi komputer sebagai kemahiran seseorang individu menggunakan komputer sebagai sebuah alat yang disesuaikan kepada situasi hidup harian yang membolehkannya berfungsi dalam masyarakat yang berasaskan maklumat. Ngan (1994) menyatakan bahawa literasi komputer membawa maksud yang lebih luas bukan sahaja konsep dalam kesedaran tetapi juga pengalaman dan pengendalian komputer. Manakala kesedaran komputer pula merujuk kepada pengetahuan mengenai cara komputer digunakan dalam masyarakat, kesan kegunaannya terhadap sosial dan ekonomi serta kesannya terhadap kehidupan manusia. Kesedaran komputer berkait rapat dengan pembelajaran tentang komputer, manakala literasi komputer pula berkait rapat dengan pembelajaran dan penggunaan komputer. Besag dan Levine (1984) berpendapat, tahap asas literasi komputer adalah kebolehan membaca serta menulis dengan menggunakan bahasa sendiri dan dalam definisi yang lebih luas, bukan sahaja setakat boleh membaca tetapi juga boleh menggunakan pengetahuan yang diperoleh daripada komputer dalam kehidupan seharian. Mc Keown (1986) menyatakan jika seseorang itu celik komputer, dia bukan hanya mempelajari tentang komputer tetapi juga tahu menggunakannya sebagai alat yang memudahkan kerja-kerja lain. Menurut beliau lagi, literasi juga bermaksud mengetahui perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan oleh komputer serta kebolehan seseorang itu mengarah komputer berbuat sesuatu yang dikehendaki.

Perubahan ICT akan memberikan cabaran besar terhadap profesion keguruan. Guru perlu bersedia meningkatkan pengetahuan dan kemahiran mereka bagi menjadikan komputer sebagai teknologi pengajaran dan pembelajaran menggantikan pendekatan konvensional yang kurang berasaskan inovasi teknologi. Untuk menerajui pendidikan pada masa hadapan, setiap guru perlu memahirkan diri dengan ICT. Strategi meningkatkan penggunaan ICT di sekolah bergantung kepada kemampuan pengetua dan guru-guru menguruskannya. Oleh itu, setiap guru mesti menguasai kemahiran ICT. Ketrampilan dalam ICT adalah satu kriteria penting dalam sistem pendidikan abad ke - 21. Pencarian maklumat melalui internet merupakan aset yang akan dapat menjayakan pendidikan pada masa hadapan.

2.6       Peranan ICT Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan

Penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Sekolah Menengah bermaksud menggunakan ICT secara berfikrah, terancang dan bersesuaian untuk meningkatkan kecekapan proses dan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Peralatan yang digunakan dalam pengajaran di Sekolah Menengah terdiri daripada komputer, overhead projector ,note book, digital camera dan transperansi, slaid dan kemudahan peralatan muiltimedia lain. Peralatan-peralatan ini penting sekiranya kaedah pengajaran perlu dipelbagaikan. Semua peralatan ini, boleh dikategorikan kepada penggunaan teknologi tinggi dan penggunaan teknologi rendah.

Era teknologi maklumat dan komunikasi, World Wide Web (WWW) telah menjadikan internet lebih mesra pengguna di mana ia dapat mengintegrasikan grafik, teks dan bunyi ke dalam satu halaman paparan. E-pembelajaran ini dapat digunakan secara luas iaitu pelajar dapat mengakses bahan serta mempelajarinya mengikut keperluan sendiri dari segi masa teknik juga dalam keadaan tidak formal. Ia bersifat kos efektif di mana banyak bahan yang terdapat pada pelbagai laman mampu diakses oleh guru dan pelajar tanpa menggunakan banyak kos. Malah sumber percuma dalam internet banyak mendatangkan keuntungan kepada pengguna untuk tujuan pembelajaran dan juga bidang-bidang lain (Fakhrul, 2002). Ini berbeza dengan cara tradisional di mana kosnya lebih mahal untuk membeli buku, jurnal dan sebagainya. Ia juga menyediakan kandungan terkini iaitu bahan yang terdapat dalam internet mudah dikemaskini dan maklumatnya terkini. Ini bermakna pengguna khususnya pelajar dan guru dapat mencari maklumat yang terkini yang tidak terdapat dalam buku.

Selain itu  pembelajaran juga membantu perkongsian maklumat di mana setiap pengguna akan mendapat maklumat dari serata dunia melalui kaedah forum dalam talian, email, video konferens dan chatting atas talian. Dengan ini guru dapat berhubung dengan pelajar serta rakan sejawat yang lain dari serata dunia untuk berkongsi maklumat secara kolaboratif. Pengetahuan dalam e-pembelajaran juga dapat disebarkan secara serentak di mana pelajar dapat mengakses maklumat dari mana-mana laman web yang dikehendaki secara serentak. Ia berbeza dengan kaedah tradisional yang mana pelajar terpaksa menunggu masa dan giliran untuk meminjam buku untuk mendapatkan maklumat. E-pembelajaran juga banyak menyediakan bahan bersifat interaktif yang mampu memberi maklumat serta mudah memberikan maklum balas. Melalui ICT pembelajaran boleh berlaku di luar batasan sekolah. Pelajar boleh berinteraksi dengan guru dan sesama mereka bagi meluaskan pengetahuan dan membina pembelajaran yang bersifat tidak terikat. ICT boleh mengembangkan konsep belajar yang bebas daripada pergantungan pada guru dan pembelajaran yang tidak terikat organisasi bilik darjah dan sekolah yang rigid dan terkongkong. Ini sudah tentu akan memberi cabaran kepada profesion keguruan, khususnya dari segi peranan dan tugas pendidikan yang selama ini bergantung pada guru.

Penggunaan perisian kursus pendidikan melalui aplikasi CD-ROM juga dapat membantu meningkatkan pengajaran guru dan menarik minat pelajar. Rio Sumarji Sharifuddin (1997) dalam kajiannya “Pengajaran dan Pembelajaran Sains Berbantukan komputer” mendapati pembelajaran yang menggunakan kaedah perayauan (exploratory) dan penemuan lebih berjaya berbanding pelajar yang hanya didedahkan dengan kaedah tradisional. Sementara kajian-kajian ilmiah yang telah dijalankan oleh Kulik et. al. (1983; 1984; 1986) dan Robyler (1988) telah membuktikan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer (PPBK) atau dalam erti kata lain penggunaan perisian pendidikan (courseware) telah meningkatkan mutu dan prestasi pengajaran dan pembelajaran dan satu kajian perbandingan telah menunjukkan bahawa pelajar yang menerima pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer dengan berkombinasikan pengajaran guru boleh mengingati kembali fakta matematik 73% lebih daripada pelajar yang diajar guru sahaja (Hasselbring, et. al. 1988). Kesimpulannya antara peranan penggunaan ICT dalam Pendidikan Sekolah Menengah adalah:

•           Berupaya meningkatkan kefahaman dan penguasaan guru dan pelajar terhadap            pelajaran.
•           Memberi peluang pembelajaran yang sama kepada semua pelajar yang pelbagai
keupayaan.
•           Meningkatkan motivasi guru dan pelajar.
•           Membolehkan guru mengakses maklumat yang sukar diperolehi.
•           Membolehkan guru mengumpul maklumat yang perlukan masa yang lama atau terlalu   
            mahal untuk diperoleh.
•           Mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan mencabar.
•           Membolehkan pelajar mencuba atau melaksana eksperimen yang sukar,terlalu mahal,
            mustahil atau bahaya untuk dilaksana dengan cara biasa.
•           Meningkat daya kreativiti dan imaginasi guru dan pelajar.

Perubahan kaedah pengajaran dengan ICT ini bersesuaian dengan cadangan pihak Lembaga Peperiksaan Malaysia iaitu guru perlu mempelbagaikan kaedah pengajaran yang boleh menarik minat pelajar, menggunakan bahan-bahan yang sesuai dari internet untuk tujuan pengkayaan, mempelbagaikan teknik penyampaian dalam bilik darjah untuk membolehkan pelajar memahami konsep serta meguasai kemahiran asas dengan lebih berkesan, menggunakan alat bantu mengajar untuk memperjelas sesuatu konsep, mengajar secara konstruktivisme, masteri dan lebih kontekstual serta menarik minat pelajar melalui teknik pengajaran yang pelbagai dan kreatif menggunakan literasi komputer yang interaktif (Lembaga Peperiksaan Malaysia 2002).

2.7       Kekangan dan Cabaran penggunaan ICT dalam Pendidikan

Menurut Mohamed Rashid dan Mohd Nasir (2003) dalam kajian “Refleksi Terhadap Pelaksanaan Sistem Pengajaran Dan Pembelajaran Serta Penilaian Pendidikan Teknik Dan Vokasional: Ke Arah Pengartikulasian Yang Sepadu” menyatakan bahawa pada abad ke-21, negara menghadapi cabaran dalaman dan luaran akibat daripada kesan globalisasi, liberalisasi, dan perkembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (Information and Communications Technology, ICT). Pembaharuan pendidikan teknik dan vokasional terutama dari segi pengajaran-pembelajaran, sistem pengurusan pembelajaran dan peranan guru sudah tentu akan memberikan cabaran baharu kepada sistem pendidikan teknik dan vokasional di negara ini menjelang abad ke-21. Pendidikan, sekolah dan profesion keguruan di negara ini perlu memainkan peranan yang lebih ke hadapan bagi membentuk generasi muda yang celik komputer dan dapat merealisasikan dasar dan matlamat negara bagi menjadikan Malaysia sebuah negara yang maju dalam bidang ICT.

Kajian lepas telah banyak menyatakan bahawa penggunaan perisian multimedia mampu membuktikan bahawa sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran itu dapat dimaksimakan bagi mendapatkan kesan positif terhadap pembangunan pelajar. Suasana pembelajaran seperti ini akan membantu pelajar dan guru menguasai kemahiran kognitif yang diperlukan untuk mensintesiskan pengetahuan. Penggunaan kesemua elemen di dalam multimedia adalah penting bagi merangsang pemikiran pelajar.

Oleh itu dalam kajian ini penyelidik telah mengkaji keberkesanan penggunaan perisian multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran bagi meningkatkan prestasi dan minat pelajar. Perisian ini juga boleh meningkatkan pencapaian murid sekaligus dapat meningkatkan suasana sekolah yang lebih baik.













BAB 3

METODOLOGI KAJIAN

3.1       Pengenalan

Kajian ini merupakan satu kajian yang bertujuan mengenalpasti dan mengetahui persepsi pelajar terhadap penggunaan perisian kursus Matematik di dalam pengajaran dan pembelajaran. Kajian ini terbatas kepada pelajar-pelajar dan sukatan pelajaran Tingkatan 3 di salah sebuah sekolah menengah di Ipoh, Perak sahaja. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif dengan reka bentuk tinjauan. Kaedah tinjauan digunakan untuk mendapatkan maklumat. Kaedah kuantitatif  digunakan kerana ia hanya bersifat mendapat maklumat dan pandangan pelajar – pelajar  yang berkenaan mengenai penggunaan perisian kursus Matematik dalam proses pengajaran dan pembelajaran  di sekolah. Ini dapat dilakukan dengan mendapatkan persepsi pelajar - pelajar di sekolah menengah terhadap paras penguasaan masa kini terhadap apa yang diperlukan untuk menguasai teknologi maklumat.

Kaedah tinjauan digunakan di dalam kajian ini dengan menggunakan borang soal selidik. Dua domain yang diukur di dalam borang soal selidik ini adalah domain pengajaran, dan pembelajaran.

Menurut King, et al.(1994) dan Neuman (2000), kajian yang terbaik merupakan kajian yang sering menggabungkan ciri-ciri yang terdapat pada kajian berbentuk kuantitatif dan kualitatif. Menurut Neuman (2000) lagi, kelemahan yang terdapat di dalam kajian berbentuk kuantitatif akan ditampung oleh kelebihan yang terdapat pada kajian yang berbentuk kualitatif dan begitulah sebaliknya. Ragin (1994) juga mendapati ciri yang terdapat pada kajian yang berbentuk kuantitatif dan kualitatif dapat menyokong kelemahan yang terdapat di antara satu sama lain. Salah satu ciri yang menyokong kelemahan kedua-dua bentuk kajian ialah kaedah pemungutan data masing-masing yang berbeza. Kajian berbentuk kuantitatif selalunya lebih kepada proses pengumpulan data untuk melihat masalah yang besar manakala kajian berbentuk kualitatif selalunya lebih kepada pemungutan data secara mendalam.

3.2       Tempat Dan Masa Kajian

Kajian dijalankan di sebuah sekolah menengah di Ipoh. Responden terdiri daripada 28 orang pelajar  perempuan  yang terdiri daripada 12 orang pelajar Melayu, 12 orang pelajar India dan 2 orang pelajar Cina. Pelajar-pelajar ini terdiri daripada pelajar berpencapaian rendah dengan keputusan bagi kebanyakan pelajar iaitu 89% gagal atau memperolehi markah di bawah 40%  di dalam Ujian Formatif 1.

Masa kajian yang diperlukan untuk membuat penyelidikan ini adalah selama 1 minggu. Kajian dijalankan ke atas sekumpulan pelajar yang dipilih  untuk melihat sejauh mana perisian kursus Matematik di dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Sekolah ini merupakan sekolah menengah dikawasan bandar.        

3.3       Kaedah Kajian

Kaedah tinjauan atau pemerhatian digunakan di dalam kajian ini dengan menggunakan borang soal selidik yang diedarkan kepada responden. Seramai 28 orang pelajar telah dipilih sebagai responden yang belajar di sekolah ini.

3.4       Cara Kerja

3.4.1 Prosedur Kajian

Kajian yang dijalankan ini melalui beberapa peringkat iaitu peringkat pertama, kedua dan ketiga. Kajian yang dijalankan berkesan sekiranya ia melalui beberapa peringkat. Pada peringkat pertama penyelidik membuat rujukan terhadap kajian – kajian orang lain pada masa yang lepas. Lantaran itu, penyelidik mendapatkan dan menggunakan bahan yang diperolehi untuk mendapatkan maklumat mengenai tinjauan literatur. Peringkat ini penting untuk melihat kajian-kajian yang telah dibuat bagi melihat sejauh mana keberkesanan penggunaan perisian kursus Matematik dalam proses pengajaran dan pembelajaran disekolah.
Lantaran itu, pada peringkat kedua pula penyelidik mencari masalah, kekangan dan cabaran yang wujud dalam penggunaan ICT disekolah dan membuat soal selidik kepada respondennya.

Pada peringkat ketiga iaitu terakhir, penyelidik telah mengumpul maklumat dan membuat penulisan tentang kajian yang telah dibuat.

3.4.2 Perlaksanaan

Penyelidik telah dan berjumpa dengan pengetua sekolah dan pelajar (responden) untuk membincangkan mengenai masalah penggunaan perisian matematik dan membuat sedikit soal jawab. Penyelidik juga telah memberikan borang soal selidik kepada responden untuk menjawab soalan-soalan itu dan memberikan masa yang secukupnya kepada responden.

3.5       Pengumpulan, Analisis Data Dan Penulisan

Penyelidik telah mengedarkan soal selidik kepada sampel kajian. Tempoh masa diberikan selama  1 minggu untuk memulangkan semula soal selidik. Semua set soalan yang diterima akan dianalisa dan dijadikan data penyelidik. Data yang dikutip daripada pemerhatian diproses, dibanding, dibeza dan disusun semula secara berterusan seperti yang dicadangkan oleh Bogden and Biklen (1998), Spradley (1999). Semua maklumat dan respon pelajar dianalisis. Untuk memudahkan proses analisis data, setiap jawapan yang dipilih diberi skor tertentu. Bagi menunjukkan persepsi pelajar terhadap kaedah pembelajaran yang digunakan, kesemua skor ditukarkan dalam bentuk peratusan dan min skor setiap item. Purata min skor yang tinggi bagi setiap item menunjukkan penerimaan yang menggalakkan manakala min skor yang rendah menunjukkan sebaliknya.





BAB 4

ANALISIS DAN DAPATAN KAJIAN

4.1       Pengenalan
Kajian ini bertujuan mengenalpasti dan mengetahui persepsi pelajar terhadap penggunaan perisian kursus Matematik di dalam pengajaran dan pembelajaran. Bab ini membincangkan dapatan kajian berdasarkan data yang diperolehi melalui soal selidik yang telah dijalankan. Secara umumnya, bab ini akan menjawab persoalan kajian.

4.2       Latar Belakang Responden.
Responden terdiri daripada 28 orang pelajar  perempuan yang terdiri daripada 12 orang pelajar Melayu, 12 orang pelajar India dan 2 orang pelajar Cina. Pelajar-pelajar ini terdiri daripada pelajar berpencapaian rendah dengan keputusan bagi kebanyakan pelajar iaitu 89% gagal atau memperolehi markah di bawah 40%  di dalam Ujian Formatif 1. Soal selidik meliputi latar belakang responden iaitu bangsa dan pencapaian dalam Ujian Formatif 1.

                                                    Jadual 4.1 : Bangsa
Bangsa
Bilangan
Peratus
Melayu
12
42.85
Cina
2
7.14
India
12
42.85
                                               
Responden terdiri daripada 12 orang pelajar berbangsa Melayu iaitu 42.85%, 2 orang berbangsa Cina iaitu 7.14% dan 12 orang berbangsa India iaitu 42.85%.

Jadual 4.2 : Ujian Formatif 1
Gred
Markah
Bilangan
Peratus
C
55 - 64
1
0.036%
D
45 - 54
2
0.071%
E
0 - 44
25
89.3%

Responden terdiri daripada pelajar berpencapaian rendah iaitu seramai 1 orang iaitu 0.036% mendapat gred C, 2 orang iaitu 0.071% dan 25 orang iaitu 89.3% di dalam Ujian Formatif 1.

4.3       Dapatan Kajian

Aspek Pengajaran

Skala yang diberikan untuk mengetahui persepsi pelajar dari aspek pengajaran ialah 1 : Sangat Setuju, 2 : Setuju, 3 : Tidak Pasti, 4 : Kurang Setuju dan 5 : Tidak Setuju. Dari dapatan kajian data yang diperolehi adalah seperti berikut :

Persepsi Pelajar
1
2
3
4
5
Min
Saya suka guru mengajar menggunakan perisian kursus Matematik.

9
32.14%


11
39.28%


5
17.85%


1
3.57%


2
7.14%

2.14
Perisian kursus sangat sesuai digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik.

9
32.14%
8
28.57%
6
21.42%
2
7.14%
3
10.71%

2.35
Penggunaan perisian kursus memudahkan saya memahami topik yang di ajar oleh guru.

7
25.00%

7
25.00%

12
42.85%
1
3.57%
1
3.57%

2.35
Penggunaan perisian kursus dapat membantu guru memberikan penerangan yang lebih jelas

10
35.71%
10
35.71%
5
17.85%
2
7.14%
1
3.57%

2.08
Saya berharap guru akan terus menggunakan perisian kursus Matematik pada masa akan datang.

8
28.57%
10
35.71%
7
25.00%

2
7.14%
1
3.57%

2.22
Saya masih memerlukan penerangan guru semasa menggunakan perisian kursus Matematik.
11
39.28%
7
25.00%

8
28.57%
0
0.00%
2
7.14%

2.10


Didapati 32.14% (9 orang) sangat setuju dan 39.28% (11 orang) setuju, 17.85%(5 orang) tidak pasti, 3.57% (1 orang) kurang setuju, 7.14% (2 orang)  tidak setuju bahawa pelajar suka guru mengajar dengan menggunakan perisian kursus Matematik. Manakala min bagi item ini ialah 2.14.

Didapati 32.14% (9 orang) sangat setuju, 28.57% (8 orang) setuju, 21.42% (6 orang) tidak pasti , 7.14 % (2 orang) kurang setuju dan 10.71% (3 orang)  tidak setuju  perisian multimedia sangat sesuai digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik. . Manakala min bagi item ini ialah 2.35

Didapati 25% (7 orang) sangat setuju, 25% (7 orang) setuju, 42.85% (12 orang) tidak pasti, manakala masing-masing kurang setuju dan tidak setuju 3.57%(1 orang) sahaja bahawa penggunaan perisian multimedia memudahkan saya memahami topik yang di ajar oleh guru.  Manakala min bagi item ini ialah 2.35

Didapati 35.71% (10 orang) sangat setuju, 35.71%(10 orang) setuju, 17.85% tidak pasti,7.14% (2 orang) kurang setuju dan 3.57% (1 orang)  tidak setuju   penggunaan perisian multimedia dapat membantu guru memberikan penerangan yang lebih jelas.  Manakala min bagi item ini ialah 2.08

Didapati 28.57% (8 orang) sangat setuju, 35.71%(10 orang) setuju, 25% (7 orang) tidak pasti, 7.14%(2 orang) kurang setuju dan 3.57% (1 orang)  tidak setuju pelajar berharap guru akan terus menggunakan perisian kursus Matematik pada masa akan datang.  Manakala min bagi item ini ialah 2.22

Didapati 39.28% (11 orang) sangat  setuju, 25% (7 orang) tidak setuju, 28.57%(8 orang) tidak pasti dan 7.14%(2 orang)  tidak setuju pelajar masih memerlukan penerangan guru semasa menggunakan perisian kursus Matematik. Manakala min bagi item ini ialah 2.10.





Aspek Pembelajaran


1
2
3
4
5
Min
Saya suka dan seronok belajar dengan menggunakan perisian kursus Matematik.

9

32.14%
10

35.71%
5

17.85%
2

7.14%
2
7.14%

2.21
Penggunaan perisian multimedia menjadikan saya lebih berminat mempelajari Matematik.

10

35.71%
11

39.28%
0

0%
3

10.71%
4

14.28%

2.28
Saya memberi lebih tumpuan dengan penggunaan perisian multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik.

7

25.00%

10

35.71%
7

25.00%


2

7.14%
2

7.14%


2.35
Penggunaan perisian multimedia boleh menghilangkan rasa bosan semasa belajar.

11
39.28%
6
21.42%

8
28.57%
2
7.14%
3
10.71%

2.50
Penggunaan perisian multimedia menjadikan saya lebih bersemangat untuk belajar.

8
28.57%
10
35.71%
8
28.57%
1
3.57%
1
3.57%

2.17
Saya suka membuat latihan interaktif di dalam perisian kursus Matematik.

8
28.57%
10
35.71%
5
17.85%
4
14.28%
2
7.14%

2.46

Daripada kajian didapati 32.14%(9 orang) sangat setuju, 35.71%(10 orang) setuju, 17.85% (5 orang) tidak, 7.14% (2 orang) kurang setuju dan 7.14% (2 orang)  tidak setuju pelajar suka dan seronok belajar dengan menggunakan perisian kursus Matematik. Manakala min bagi item ini ialah 2.21

Didapati  35.71%(10 orang) sangat setuju, 39.28% setuju, 10.71% (3 orang) kurang setuju dan 14.28% tidak setuju penggunaan perisian kursus Matematik menjadikan pelajar lebih berminat mempelajari Matematik. Min bagi item ini ialah 2.28.

Didapati 25.00% (7 orang) sangat setuju, 35.71% (10 orang) setuju, 25.00% (7 orang) tidak pasti, 7.14% (2 orang) kurang setuju, dan 7.14% (2 orang)  tidak setuju pelajar memberi lebih tumpuan dengan penggunaan perisian multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik. Manakala min bagi item ini ialah 2.35.

Didapati 39.28% (11 orang) sangat setuju, 21.42%(6 orang) setuju, 28.57% (8 orang) tidak pasti, 7.14% (2 orang) kurang setuju dan 10.71% (3 orang) tidak setuju penggunaan perisian multimedia boleh menghilangkan rasa bosan semasa belajar. Manakala min bagi item ini 2.50.

Didapati 28.57% (8 orang) sangat setuju, 35.71%( 10 orang) setuju, 28.57% (8 orang) tidak pasti dan masing-masing 3.57% kurang setuju dan tidak setuju penggunaan perisian kursus Matematik menjadikan pelajar lebih bersemangat untuk belajar. Manakala min bagi item ini ialah 2.17.

Didapati 28.57%(8 orang) sangat setuju, 35.71% (10 orang) setuju, 17.85%(5 orang) tidak pasti, 14.28%(4 orang) kurang setuju dan 7.14%(2 orang) tidak setuju pelajar suka membuat latihan interaktif dalam perisian kursus Matematik. Manakala min bagi item ini ialah 2.46.





















BAB 5

RUMUSAN DAN CADANGAN

5.1            Dapatan Kajian

Dalam kajian yang dijalankan terdapat satu soalan utama yang perlu dijawab oleh penyelidik.

Soalan tersebut ialah :
Apakah persepsi pelajar terhadap penggunaan perisian kursus Matematik di dalam pengajaran dan pembelajaran. Bagi menjawab soalan utama tersebut beberapa sub soalan soal selidik perlu diketahui jawapannya oleh penyelidik iaitu :

Latar belakang pelajar :

1.     Apakah bangsa pelajar?
2.     Apakah pencapaian Ujian Formatif 1.

Persepsi pelajar dari aspek pengajaran.

1.     Adakah pelajar suka guru mengajar menggunakan perisian kursus Matematik?
2.     Apakah perisian kursus sangat sesuai digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik?
3.     Apakah penggunaan perisian kursus memudahkan pelajar memahami topik yang di ajar oleh guru?.
4.     Apakah penggunaan perisian kursus dapat membantu guru memberikan penerangan yang lebih jelas?
5.     Adakah pelajar berharap guru akan terus menggunakan perisian kursus Matematik pada masa akan datang?.
6.     Adakah pelajar masih memerlukan penerangan guru semasa menggunakan perisian kursus Matematik?.

Persepsi pelajar dari aspek pembelajaran

1.     Adakah pelajar suka dan seronok belajar dengan menggunakan perisian kursus Matematik?.
2.     Adakah penggunaan perisian multimedia menjadikan saya lebih berminat mempelajari Matematik?.
3.     Adakah pelajar memberi lebih tumpuan dengan penggunaan perisian kursus dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik?.
4.     Adakah penggunaan perisian kursus boleh menghilangkan rasa bosan semasa belajar?.
5.     Adakah penggunaan perisian kursus menjadikan pelajar lebih bersemangat untuk belajar?.
6.     Adakah pelajar  suka membuat latihan interaktif di dalam perisian kursus Matematik.

Persepsi Pelajar Dari Aspek Pengajaran

Sebahagian besar pelajar (71.42%) suka guru mengajar menggunakan perisian kursus Matematik.

Sebahagian besar pelajar (60.71%) berpendapat perisian kursus sangat sesuai digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik.

Sebahagian daripada pelajar (50%) berpendapat penggunaan perisian kursus memudahkan pelajar memahami topik yang di ajar oleh guru.

Sebahagian besar pelajar (71.42%) berpendapat  penggunaan perisian kursus dapat membantu guru memberikan penerangan yang lebih jelas.

Sebahagian pelajar(64.28%) berpendapat pelajar masih memerlukan penerangan guru semasa menggunakan perisian kursus Matematik.


Persepsi Pelajar Dari Aspek Pembelajaran.

Sebahagian besar pelajar (67.85%) suka dan seronok belajar dengan menggunakan perisian kursus Matematik.

Sebahagian besar pelajar (74.98%) berpendapat penggunaan perisian kursus menjadikan saya lebih berminat mempelajari Matematik.

Sebahagian besar pelajar (60.71%) berpendapat pelajar memberi lebih tumpuan dengan penggunaan perisian kursus dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik.

Sebahagian pelajar (59.70%) berpendapat penggunaan perisian kursus boleh menghilangkan
rasa bosan semasa belajar.  

Sebahagian pelajar (64.28%) penggunaan perisian kursus menjadikan pelajar lebih      bersemangat untuk belajar.

Sebahagian pelajar (64.28%) berpendapat pelajar suka membuat latihan interaktif di dalam                                                     perisian kursus Matematik.


5.2       Cadangan

Berdasarkan dapatan kajian, beberapa kajian boleh dijalankan oleh penyelidik lain berkaitan perisian kursus Matematik. Di antara cadangan kajian lanjutan ialah:
1.     Persepsi guru terhadap penggunaan perisian kursus Matematik dalam pengajaran dan pembelajaran.
2.     Tahap penggunaan perisian kursus Matematik di dalam pengajaran dan pembelajaran di kalangan guru.




RUJUKAN

Abdullah bin Osman (2006), Persepsi Pelajar Fizik Terhadap Pmbangunan Perisian Multimedia Dalam Tajuk ‘Force And Pressure’ Di UPSI. Latihan Ilmiah.UPSI

Al-Mikhlafi, A.G. (2006). Effectiveness of interactive multimedia environment on language acquisition skills of 6th grade students in the United Arab Emirates. International Journal Media. 33 (4): 427-441.

Azizi Yahaya, Shahrin Hashim et. al. (2007). Menguasai Penyelidikan dalam Pendidikan. Kuala Lumpur: PTS Profesional Publishing Sdn. Bhd

Azura, Zakaria, Mohd Hasan dan Bahaman (2009) Perbandingan Pengajaran Berasaskan Multimedia dan Tradisional ke Atas Pencapaian Matematik dan Sikap Matematik di Kalangan Pelajar Berisiko Jurnal Teknologi Maklumat & Multimedia 5(2009): 79-89

Baharuddin Aris, Rio Sumarni (2002), Rekabentuk Perisian Multimedia, Penerbit Universiti Teknologi Malaysia, Johor Baharu
Effandi Zakaria, Norazah Mohd Nordin, Sabri Ahmad (2007), Trend Pengajaran dan    Pembelajaran Matematik, Utusan Publications & Distributors  Sdn Bhd, Kuala Lumpur

Halimah Badioze Zaman (1999). Aplikasi Multimedia Dalam Pendidikan. Jurnal BTP Bil. 1 Tahun 1999.

Haryati Mustafa (2005), Keberkesanan Penggunaan Modul Berasaskan Komputer Berbanding Kaedah Pengajaran Secara  Tradisional Di Kalangan Pelajar Tingkatan 4 Mengenai Topik Jirim.Latihan Ilmiah.UPSI.

Ismail Zain (2004) Pembelajaran Berbantukan Komputer. Utusan Publications & Distributors  Sdn Bhd, Kuala Lumpur.

Jamalludin Harun & Zaidatun Tasir (2003), Multimedia Dalam Pendidikan, PTS   Publications Bentong.

Khairul Anuar & Norazrena(2011) Perisian Matematik bagi Tajuk Pecahan untuk Pelajar Berkeperluan Khas, Jurnal Teknologi Pendidikan Malaysia Jilid 1, Nombor 2, Jun 2011

Marzita Puteh (2002). Factors Associated with Mathematics Anxiety. Tanjong Malim: Penerbit UPSI

Noraini Idris (2006) , Teaching and Learning Mathematics : Making Sense and Developing in Cognitive Abilities , Utusan Publications & Distributors  Sdn Bhd, Kuala Lumpur.
Noraini Idris (2005) Pedagogi Dalam Pendidikan Matematik, Utusan Publications & Distributors  Sdn Bhd, Kuala Lumpur.

Rozinah Jamaludin (2005), Multimedia Dalam Pendidikan, Utusan Publications & Distributors   Sdn Bhd, Kuala Lumpur.

Rafidah Mohd Saharin (2003), Modul Pembelajaran Kendiri Berasaskan Halaman Web Bagi Subtopik Jirim Tingkatan Empat. Latihan Ilmiah.UPSI.

Vivi Lachs (2000) Making Multimedia In The Classroom, Taylors & Francis Books, London.





























LAMPIRAN

SOAL SELIDIK PERSEPSI  PELAJAR TERHADAP PENGGUNAAN PERISIAN KURSUS  DI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK

Berikan pendapat anda mengenai perkara berikut mengikut skala di bawah ;
1.     Sangat Setuju.
2.     Setuju.
3.     Tidak Pasti.
4.     Kurang Setuju.
5.     Tidak Setuju.

BAHAGIAN A : MAKLUMAT PELAJAR

Saya berbangsa

  Melayu                        Cina                             India                      Lain-lain

Pencapaian Matematik saya  di dalam  Ujian 1 ialah : _________



BAHAGIAN B    :  ASPEK PENGAJARAN.

1
2
3
4
5
Perisian multimedia sangat sesuai digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik.






Penggunaan perisian multimedia memudahkan saya memahami topik yang di ajar oleh guru.






Penggunaan perisian multimedia dapat membantu guru memberikan penerangan yang lebih jelas






Saya berharap guru akan terus menggunakan perisian kursus Matematik pada masa akan datang.






Saya masih memerlukan penerangan guru semasa menggunakan perisian kursus Matematik.














 BAHAGIAN C : ASPEK PEMBELAJARAN


1
2
3
4
5
Saya suka dan seronok belajar dengan menggunakan perisian kursus Matematik.






Penggunaan perisian multimedia menjadikan saya lebih berminat mempelajari Matematik.






Saya memberi lebih tumpuan dengan penggunaan perisian multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik.






Penggunaan perisian multimedia boleh menghilangkan rasa bosan semasa belajar.






Penggunaan perisian multimedia menjadikan saya lebih bersemangat untuk belajar.






Saya suka membuat latihan interaktif di dalam perisian kursus Matematik.
















































LAMPIRAN

SOAL SELIDIK PERSEPSI  PELAJAR TERHADAP PENGGUNAAN PERISIAN KURSUS  DI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK

Berikan pendapat anda mengenai perkara berikut mengikut skala di bawah ;
1.     Sangat Setuju.
2.     Setuju.
3.     Tidak Pasti.
4.     Kurang Setuju.
5.     Tidak Setuju.

BAHAGIAN A : MAKLUMAT PELAJAR

Saya berbangsa

  Melayu                        Cina                             India                      Lain-lain

Pencapaian Matematik saya  di dalam  Ujian 1 ialah : _________



BAHAGIAN B    :  ASPEK PENGAJARAN.

1
2
3
4
5
Perisian multimedia sangat sesuai digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik.






Penggunaan perisian multimedia memudahkan saya memahami topik yang di ajar oleh guru.






Penggunaan perisian multimedia dapat membantu guru memberikan penerangan yang lebih jelas






Saya berharap guru akan terus menggunakan perisian kursus Matematik pada masa akan datang.






Saya masih memerlukan penerangan guru semasa menggunakan perisian kursus Matematik.














 BAHAGIAN C : ASPEK PEMBELAJARAN


1
2
3
4
5
Saya suka dan seronok belajar dengan menggunakan perisian kursus Matematik.






Penggunaan perisian multimedia menjadikan saya lebih berminat mempelajari Matematik.






Saya memberi lebih tumpuan dengan penggunaan perisian multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik.






Penggunaan perisian multimedia boleh menghilangkan rasa bosan semasa belajar.






Penggunaan perisian multimedia menjadikan saya lebih bersemangat untuk belajar.






Saya suka membuat latihan interaktif di dalam perisian kursus Matematik.







0 comments: