PENGGUNAAN TEKNOLOGI DAN ICT DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
PENDAHULUAN
Esei ini membincangkan kepentingan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam dunia pendidikan pada alaf ini. Sebagai guru yang berdepan dengan ledakan maklumat dalam dunia tanpa sempadan ini kita perlu melangkah sederap dengan kemajuan dan kecanggihan ilmu serta teknologi sebagai langkah awal demi menggalas amanah dan tanggungjawab terhadap bangsa dalam membina negara bangsa yang mampu berdiri gah di persada dunia.
Penguasaan ICT dapat membantu guru menghadapi ranjau dan cabaran dalam dunia pendidikan dan bertindak tepat dengan kehendak semasa.
Penguasaan ICT dapat membantu guru menghadapi ranjau dan cabaran dalam dunia pendidikan dan bertindak tepat dengan kehendak semasa.
Fungsi guru sebagai egen perubahan sosial dapat memenuhi permintaan masyarakat setempat melalui ilmu dan kemahiran yang dimiliki seterusnya menjadi rujukan dan idola dalam masyarakat. Kemahiran guru dalam bidang ICT dapat membantu pelajar-pelajar untuk menguasai kemahiran dan ilmu yang bersesuaian dengan minat, bakat serta potensi pelajar sekaligus dapat menanam rasa cinta akan ilmu pengetahuan. Hal ini secara tidak langsung dapat melahirkan modal insan cemerlang berminda kelas pertama sebagaimana yang digarapkan dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP). Tanggungjawab ini sememangnya terpikul atas bahu para guru yang komited dengan tugas serta bersedia dan sanggup menerima perubahan mengikut peredaran masa. Semua ini menuntut pengorbanan yang besar dari kalangan guru-guru untuk terus menambah ilmu dan kemahiran, bertepatan dan bersesuaian dengan konsep pembelajaran sepanjang hayat.
Mengapa Penggunaan ICT Diperlukan
1) Meningkatkan kefahaman sesuatu konsep, memberi gambaran visual dan memudahkan
pengiraan kompleks.
2) Merangsang murid untuk belajar secara berkesan dengan bimbingan yang minimum.
3) Membantu murid dalam proses penyelesaian masalah dan komunikasi dengan lebih cepat
dan tepat.
4) Mewujudkan peluang pembelajaran yang sama kepada murid yang mempunyai pelbagai
kebolehan dan kecerdasan.
5) Membantu murid mendapat dan mengumpul maklumat yang mungkin sukar diperoleh
dalam keadaan biasa
6) Mewujudkan suasana pembelajaran yang seronok, mencabar dan berbentuk penerokaan.
7) Memupuk sifat ingin tahu dan ingin mencuba di kalangan murid.
8) Meningkatkan daya kreativiti, inovasi dan imaginasi murid.
9) Menggalakkan murid merealisasikan:
- Pembelajaran terarah kendiri
- Pembelajaran akses kendiri
Dasar Pembangunan Negara dalam Rancangan Malaysia Kelapan (2001 – 2005) menegaskan kepentingan membangunkan dan memperluaskan penggunaan teknologi maklumat dalam pembangunan pendidikan. Langkah ini bertujuan merancakkan pertumbuhan, melatih profesional, meningkatkan produktiviti, memodenkan pengurusan teknologi maklumat dan pengetahuan, mengurangi jurang digital, dan mempastikan semua rakyat mendapat manfaat daripada ICT.
Sektor pendidikan menjadi agen perubahan bagi mempertingkatkan kemahiran penggunaan ICT dalam kalangan generasi muda. Keperluan terhadap penggunaan ICT dalam pendidikan amat dirasai kerana ICT telah menjadikan dunia pendidikan sebagai hak milik pelbagai lapisan masyarakat di mana pelbagai maklumat dan sumber pendidikan dapat dicapai walau di mana jua berada. Pengaruh dan kemajuan era ICT mencetuskan inovasi dalam pengurusan pendidikan, penilaian, serta pengajaran dan pembelajaran.
Kewujudan masyarakat berpendidikan yang terbentuk melalui pembudayaan komputer, internet, dan multimedia menzahirkan kewujudan masyarakat yang cinta akan ilmu pengetahuan. Bangsa yang maju adalah bagsa yang mementingkan perkembangan intelektual yang dirintis oleh kemajuan dunia pendidikan. Dalam konteks ini teknologi maklumat berperanan untuk meluaskan penyebaran pemikiran manusia sebagai agen revolusi sosial.
Menurut Mohamed Rashid dan Mohd Nasir (2003) dalam kajian “Refleksi Terhadap Pelaksanaan Sistem Pengajaran Dan Pembelajaran menyatakan bahawa pada abad ke-21, negara menghadapi cabaran dalaman dan luaran akibat daripada kesan globalisasi, liberalisasi, dan perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi. Pembaharuan pendidikan dari segi pengajaran-pembelajaran, sistem pengurusan pembelajaran dan peranan guru sudah tentu akan memberikan cabaran baharu kepada sistem pendidikan.
ISU 1
FAKTOR GURU
i) Persepsi guru terhadap kepentingan komputer
Walaupun ramai guru yang telah bersedia dengan perubahan penggunaan komputer di dalam pengajaran tetapi masih ada guru yang lebih selesa menggunakan kaedah konvensional relevan dengan sistem peperiksaan. Dengan sikap sebegini adalah sukar bagi perubahan dilakukan dengan berkesan.
ii) Kerisauan untuk menghadapai perubahan.
- Terdapat tiga jenis kerisauan yang dihadapai oleh guru-guru dalam penggunaan komputer iaitu:-
1. Risau sekiranya rosak apabila menggunakan peralatan tersebut.
1. Risau sekiranya rosak apabila menggunakan peralatan tersebut.
2. Risau kerana merasakan mereka tidak berupaya mempelajari teknologi tinggi.
3. Risau sekiranya disuruh oleh sekolah untuk melakukan semua kerja kerana mahir dalam penggunaan komputer.
iii) Masa dan beban tugas guru
- Penggunaan komputer dalam pengajaran memerlukan masa yang banyak bagi guru-guru menyediakannya. Persediakan diperlukan termasuk dari aspek penyediaan bahan mengajar serta setup bahan pada komputer sebelum kelas dimulakan. dengan bilangan waktu mengajar yang banyak, sesetengah guru mempunyai bilangan waktu mengajar sebanyak 27 waktu seminggu, sukar bagi guru untuk membuat persediaan mengajar dan juga untuk setup bahan mengajar dimakmal komputer. Guru-guru juga mempunyai tugas-tugas lain seperti menjadi setiausaha peperiksaan, guru data, ketua-ketua panitia, Ajk PIBG dan sebagainya. Situasi ini akan menyukarkan guru untuk membuat persediaan yang mantap jika mereka perlu menyediakan bahan sendiri dalam pengajaran.
Menurut Mazniza Muhamad(2004) kebanyakan guru-guru sedar tentang kelebihan menggunakan komputer tetapi kurang menggunakannya kerana kekangan masa, masalah penyelenggaraan dan kemahiran. Kesuntukan masa menggunakan ICT oleh guru-guru menjadi penghalang manakala sikap positif, keyakinan diri dan kemahiran menggunakan ICT menjadi pendorong perlaksanaannya dalam penngajaran dan pembelajaran. (IAB, 2008).
iv) Kekurangan kemahiran komputer dan pengetahuan penggunaan komputer dalam P&P
-Proses pengajaran memperalatkan ICT menuntut guru berkemahiran dalam membina persembahan dan mengintegrasikan multimedia sekurang-kurangnya menggunakan Powerpoint dengan input-input seperti rakaman suara, memasukan video, grafik dan bunyi mengikut kreativiti guru. Oleh kerana tidak semua bahan pengajaran tersedia untuk digunakan terus, maka guru dikehendaki menyediakan bahan pengajaran yang lebih menarik, tetapi keinginan guru untuk menambahbaikan bahan P & P hanya tinggal sebagai kemahuan saja kerana guru-guru kekurangan kemahiran komputer dan pengetahuan menggunakan komputer dalam P & P. Tambahan lagi, penggunaan komputer oleh guru adalah pada tahap yang minima sahaja iaitu sekali sekala dalam masa sebulan. Selain daripada itu, guru-guru kerap menggunakan hanya satu program sahaja iaitu pemprosesan perkataan. Guru-guru jarang menggunakan pangkalan data, persembahan mutimedia, persembahan grafik, mel elektronik dan laman web dalam pengajaran.
-Proses pengajaran memperalatkan ICT menuntut guru berkemahiran dalam membina persembahan dan mengintegrasikan multimedia sekurang-kurangnya menggunakan Powerpoint dengan input-input seperti rakaman suara, memasukan video, grafik dan bunyi mengikut kreativiti guru. Oleh kerana tidak semua bahan pengajaran tersedia untuk digunakan terus, maka guru dikehendaki menyediakan bahan pengajaran yang lebih menarik, tetapi keinginan guru untuk menambahbaikan bahan P & P hanya tinggal sebagai kemahuan saja kerana guru-guru kekurangan kemahiran komputer dan pengetahuan menggunakan komputer dalam P & P. Tambahan lagi, penggunaan komputer oleh guru adalah pada tahap yang minima sahaja iaitu sekali sekala dalam masa sebulan. Selain daripada itu, guru-guru kerap menggunakan hanya satu program sahaja iaitu pemprosesan perkataan. Guru-guru jarang menggunakan pangkalan data, persembahan mutimedia, persembahan grafik, mel elektronik dan laman web dalam pengajaran.
ISU 2
FAKTOR SEKOLAH
Peranan dan sikap pengetua
- Sikap pihak pengurusan sekolah (pengetua/guru besar,penolong kanan) adalah kritikal terhadap pembentukan dasar dan amalam diperingkat sekolah. Mereka adalah penggerak yang boleh memotivasikan setiap guru supaya menpunyai misi dan objektif yang sama untuk meningkatkan kualiti pendidikan sekolah. Pengetua atau pentadbir yang tidak prihatin akan keperluan masa hadapan akan menyebabkan organisasi pendidikan ketinggalan.
Melalui enam isu dan enam cabaran berkenaan guru dalam menggunakan teknologi instruksional di sekolah ini dapatlah disimpulkan pula lapan cadangan bagi merealisasikan hasrat membudayakan penggunaan teknologi instruksional dalam proses pembelajaran dan pengajaran.
1). Membuat pemilihan kajian tindakan berdasarkan bahan pengajaran teknologi
instruksional di peringkat daerah, negeri dan kebangsaan.
2. Bahan terbaik diperingkat kebangsaan akan dikumpulkan melalui CD dan disebarkan
diseluruh negara.
3. Mewajibkan bakal guru di universiti mengambil dua atau tiga kertas berkaitan komputer
sebagai subjek teras.
4. Mengutamakan kursus latihan dalam perkhidmatan (LADAP) yang berkaitan teknologi
instruksional.
5. Mewujudkan sikap positif jangka panjang guru terhadap teknologi instruksional melalui
motivasi intrinsik.
6. Guru sendiri hendaklah berperanan dan rasa bertanggungjawab untuk menyediakan
keperluan teknologi instruksional.
7. Pentadbir menggunakan sebahagian besar pengurusan dan pentadbiran sekolah
menggunakan teknologi maklumat.
8. Kurikulum bagi melahirkan guru hendaklah lebih mengutamakan teknologi instruksional
berbanding pedagogi.
Sistem Pendidikan Berorientasikan Peperiksaan.
Disebabkan penekanan kepada pencapaian di dalam periksaan guru-guru diarahkan memberikan latihan sebanyak yang mungkin kepada pelajar-pelajar. Buku latihan pelajar-pelajar akan dipantau dari masa ke semasa oleh pihak pentadbir sekolah bagi memastikan guru menjalankan arahan yang diberikan. Penekanan kepada pemantauan buku latihan yang dibuat oleh pelajar menyebabkan guru tidak berminat menggunakan perisian di dalam pengajaran dan pembelajaran.
Penggunaan kaedah biasa seperti buku latihan dan buku aktiviti lebih disukai oleh guru-guru berbanding dengan memberikan latihan melalui penggunaan ICT kerana buku-buku tersebut menjadi bukti perlaksanaan pengajaran dan pembelajaran sebagaimana yang di arahkan oleh pentadbir sekolah.
Penekanan yang berlebihan kepada peperiksaan menyebabkan guru-guru mengabaikan aspek lain seperti pengajaran menggunakan ICT. Peperiksaan dianggap perkara yang sangat penting samada oleh guru , pelajar dan ibubapa. Peperiksaan dianggap sebagai penanda aras dan kayu pengukur kepada kebolehan dan kemampuan pelajar. Media massa turut memainkan peranan dengan menghebahkan pencapaian pelajar dan sekolah. Ini menyebabkan timbulnya budaya atau fenomena berikut:
· Mengajar dan belajar untuk peperiksaan.
Guru hanya memfokuskan kepada isi kandungan dan kemahiran yang akan dinilai di dalam peperiksaan. Pelajar diajar untuk mengingati model jawapan. Guru akan memberikan latihan secara berterusan hingga mengabaikan kaedah pengajaran menggunakan ICT yang dianggap mengambil masa semasa hendak memulakan pengajaran dan pembelajaran.
· Menghabiskan sukatan pelajaran seberapa segera.
Guru akan berusaha bersungguh-sungguh menghabiskan sukatan pelajaran dengan secepat mungkin dengan harapan masih mempunyai masa memberikan soalan latih tubi bagi persediaan pelajar menghadapi peperiksaan hingga ada masanya guru sekadar ‘ menunjuk dan memberitahu’ sesuatu konsep matematik tanpa memberi peluang atau kesempatan pelajar memahami konsep tersebut.
· Pembelajaran yang lumpuh.
Istilah ini diutarakan oleh bekas Ketua Pengarah Kementerian Pelajaran , Tan Sri Wan Zahid Nordin. Menurut beliau pelajar Malaysia antara pelajar paling menderita disebabkan sistem yang berasaskan peperiksaan. Pelajar yang mendapat keputusan cemerlang berkemungkinan mengeluarkan apa yang dipelajari tanpa memahami konsep-konsep penting untuk dipraktikkan dalam kehidupan seharian
ISU 3
KEKURANGAN PRASARANA DAN BAHAN SOKONGAN
Satu cabaran penting pendidikan di sekolah ialah menyediakan kemudahan prasarana dan bahan sokongan untuk guru dan semua pelajar. Ini bermakna kemudahan ini tidak terhad kepada golongan tertentu sahaja tetapi melibatkan keseluruhan warga sekolah tanpa mengira status ekonomi, sosial, kaum dan sebagainya.
1. Bilangan komputer di sekolah jauh lebih rendah daripada bilangan pelajar
Bilangan komputer yang disalurkan bagi sesebuah sekolah masih tidak mencukupi untuk memaksimumkan penggunaan komputer sebagai medium pengajaran bagi para pelajar. Bilik komputer di sekolah digunakan untuk mempelajari sesuatu yang memang memerlukan penggunaan komputer dan hanya boleh digunakan oleh sebilangan kecil pelajar sahaja dalam satu-satu masa. Justeru itu kebiasaannya penggunaan ICT dalam pengajaran hanya terfokus kepada sesuatu mata pelajaran dan dalam masa-masa yang tertentu sahaja. Ini sebenarnya tidak sesuai seperti yang dirancangkan iaitu penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran setiap masa. Program Pengkomputeran sekolah semakin diberi perhatian kerana untuk memberi peluang kepada pelajar sekolah supaya mereka dapat menguasai pengetahuan asas ICT di peringkat sekolah. Berbekal dengan pengetahuan asas ICT para pelajar akan dapat berdepan dengan kehendak dan cabaran kerjaya mereka dalam abad ke 21. Walaupun hampir semua sekolah di Malaysia ini dibekalkan makmal komputer, namun pelajar tidak dapat akses kepada komputer secara menyeluruh kerana bilangan komputer yang dibekalkan jauh lebih rendah daripada bilangan pelajar dalam sesebuah kelas. Bilangan komputer yang boleh digunakan seringkali terhad disebabkan oleh kerosakan teknikal yang dialami menambahkan kadar pengguna komputer bertambah sehingga 4 atau 5 orang murid terpaksa berkongsi satu unit komputer semasa pengajaran dijalankan. Ini juga sering mengganggu kelancaran penggunaan komputer dalam pengajaran.
2. Pembekalan yang tidak berkualiti
Mutu peralatan ICT yang rendah boleh mengganggu proses penggunaan ICT dalam pengajaran. Ramai guru menyatakan komputer yang dibekalkan tidak berkualiti dan adanya yang sudah ketinggalan zaman. Ini ditambah lagi dengan cepatnya perkembangan teknologi komputer. Oleh itu komputer hendaklah dipastikan dari segi kualiti dan diletakkan di tempat-tempat yang sesuai dan boleh dicapai oleh semua orang, termasuk guru dan pelajar-pelajar. Di samping itu, terdapat kekangan dari segi sistem selenggaraan komputer yang tidak cekap di sekolah
3. Masalah penyenggaraan makmal komputer di sekolah
Makmal komputer di sekolah sememangya menghadapi masalah dari segi penyenggaraan. Banyak makmal di sekolah tidak terurus kerana tidak ada kepakaran dari segi penyenggaraan. Walaupun kerajaan telah melantik juruteknik komputer di setiap daerah, tetapi masalah ini masih tidak dapat diselesaikan. Perkakasan dan perisian komputer yang terdapat di dalam makmal memerlukan penyelenggaraan sentiasa untuk mengelakkannya daripada mudah rosak. Memandangkan makmal komputer tidak mempunyai pembantu makmal sebagaimana makmal sains yang mempunyai pembantu makmalnya sendiri, maka kerja-kerja penyelenggaraan buat masa sekarang terletak di bahu guru teknologi maklumat itu sendiri. Ini bermakna beban tugas guru teknologi maklumat semakin bertambah.Kerja-kerja penyenggaraan ini mengambil banyak masa guru sekiranya terdapat kerosakan ke atas sesebuah komputer. Kadang-kala terdapat juga kalangan guru teknologi maklumat yang kurang mempunyai kemahiran menyenggarakan komputer. Ini bermakna sebarang kerosakan pada komputer perlu merujuk kepada pihak luar. Kaedah ini biasanya memakan belanja yang besar dan proses P&P juga terganggu. Dukacita yang amat sangat kerana kerajaan telah membelanjakan banyak peruntukkan untuk membangunkan ICT di sekolah tetapi dari segi penyenggaraannya terabai.
4. Perisian komputer
Alat ICT yang selalu digunakan untuk pembelajaran tutorial ialah komputer dan perisian pendidikan sama ada yang disimpan di dalam CD-ROM, cakera keras ataupun laman web. Perubahan ini seiring dengan perkembangan yang berlaku dalam rekabentuk perisian pendidikan yang berciri kecerdasan. Ciri ini melahirkan perisian pendidikan yang berupaya menyesuai maklumat yang disampai dengan kemampuan dan keperluan pelajar. Dengan perkembangan ICT, perisian kursus yang terdapat pada hari ini hampir semuanya berciri multimedia. Secara umum, setiap perisian pendidikan mengandungi satu atau lebih daripada komponen.:Bagaimanapun, pendidik harus berhati-hati dalam melaksana pendekatan ini. Kesilapan dalam memberikan pertimbangan boleh mengakibat pembaziran masa dan tenaga, menghalang penggunaan kemudahan ICT yang lebih produktif menjurus ke arah penyalahgunaan kemudahan ICT, mengakibat lebih banyak masa diperlu oleh pelajar untuk mempelajari sesuatu . Untuk tujuan ini, guru perlu terlebih dahulu menilai setiap perisian pendidikan yang hendak diguna oleh pelajar. Setelah pasti benar-benar wujud keperluan, guru hendaklah merancang penggunaan ICT, bukan dibuat secara bidan terjun.
Cadangan mengatasi Kekurangan Prasarana dan Bahan Sokongan
Pihak sekolah perlu memberi perhatian kepada beberapa perkara iaitu
· memperbaiki infrastruktur komunikasi dan multimedia seperti kemudahan komputer, lebar jalur tinggi yang bersepadu dan sambungan Internet serta makmal komputer.
· meningkatkan infrastruktur seperti rangkaian, kandungan tempatan, insentif dan perundangan untuk membentuk persekitaran yang membolehkan penyediaan infrastruktur.
· wujudkan jaringan kerjasama antara panitia atau sekolah dalam PPD
· sediakan peruntukan yang sesuai untuk menyediakan teknologi komputer terkini.
· wujudkan prasarana ICT yang sesuai untuk pembelajaran
· pihak pentadbir perlu memberi dorongan kepada guru untuk membina bahan pengajaran dan pembelajaran.
Bagi pihak KPM pula perlu memberi fokus beberapa perkara iaitu
· menyelenggara peralatan dan perkakasan ICT secara intensif dan bersepadu.
· menyediakan infrastruktur ICT yang bersepadu dan berterusan di luar bandar dan pedalaman.
· menyediakan kemudahan bangunan institusi pendidikan mengikut piawai berasaskan keperluan dan kesesuaian
· memastikan kemudahan fizikal bangunan pendidikan diselenggara untuk memenuhi piawai, keperluan dan kesesuaian
· memastikan bekalan air bersih dan elektrik di semua sekolah.
ISU 4
JURANG ICT DAN DIGITAL
Jurang digital bermaksud terdapatnya jurang di antara satu komuniti dengan komuniti yang lain di dalam mengakses kepada ICT, mencapai maklumat melalui ICT serta memahami dan menggunakan maklumat dari ICT. Faktor yang menyebabkan jurang digital ialah
- Faktor ekonomi, iaitu tidak mampu untuk membeli dan mendapatkan khidmat ICT.
- Faktor Geografi,iaitu tempat tiada liputan internet dan bekalan elektrik
- Faktor Kemahiran Komputer iaitu tidak mengetahui bagaimana untuk mengakses maklumat
- Faktor Kemahiran Bahasa Dan Literasi iaitu tidak dapat membaca dan memahami bahasa internet dengan baik
Pelbagai inisiatif dijalankan untuk merapatkan jurang digital di negara kita. Inisiatif-inisiatif ini datangnya daripada pelbagai pihak dan berperanan untuk memperkasa komuniti dan menjana ilmu dalam melalui usaha menyeberangi jurang teknologi dan jurang minda. Inisiatif merapatkan jurang digital di Malaysia adalah bertujuan untuk mewujudkan jalinan pengetahuan secara digital serta memperkasa masyarakat di dalam bidang ekonomi, sosial dan akses kepada informasi dalam membantu masyarakat menjadi lebih berpengetahuan.
Ketidakseimbangan yang berlaku dalam masyarakat terutama dan segi ekonomi, pendapatan, pendidikan, kemudahan infrastruktur. pemodenan dan sebagainya akan memberi kesan terhadap kemajuan ICT dan digital. Sekolah, pendidikan dan profesion keguruan di negara ini perlu memainkan peranan yang konstruktif bagi menangani jurang ICT dan digital yang berlaku, terutama di luar bandar dan di kalangan kaum. Sekolah dan profesion keguruan perlu memberikan perhatian serius bagi merapatkan jurang perbezaan ICT dan digital dengan meningkatkan program pendidikan ICT dan memperluaskan peluang menguasai pengetahuan dan kemahiran digital, khususnya di kalangan pelajar miskin dan luar bandar.
ISU 5
PENYALAHGUNAAN MAKMAL KOMPUTER DAN INTERNET PERCUMA
Guru-guru dan pelajar didapati menyalahgunakan kemudahan internet di sekolah untuk melayari laman-laman web yang tidak berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran seperti laman sosial Myspace, Friendster dan sebagainya. Selain daripada portal-portal sosial, permainan komputer atas talian(Online Games) turut menjadi kegilaan pelajar sekolah masa kini. Penyalahgunaan seperti ini dibimbangi mampu meningkatkan jenayah internet yang sukar dikawal. Memandangkan internet telah menjadi keperluan utama, melarang mereka daripada menggunakan internet amatlah tidak wajar. Namun, langkah-langkah pemantauan amatlah berkesan dalam mengatasi masalah ini. Selain itu, di sekolah juga pemantauan haruslah dilakukan oleh guru-guru yang bertugas, memandangkan proses pembelajaran dan pengajaran sekarang banyak menggunakan internet. Selain itu, nilai-nilai murni juga wajar diterapkan di dalam minda pelajar bagi mengelakkan masalah ini daripada bertambah teruk. Pelajar sekolah hari ini adalah antara pengguna internet di Malaysia. Penyalahgunaan internet dikalangan pelajar sekolah semakin membimbangkan dewasa ini terutamanya membabitkan pelayaran laman web berunsur lucah yang turut menjadi kegilaan pelajar masakini.
KESIMPULAN
Harapan Negara untuk melahirkan modal insan yang kreatif dan inovatif bagi memenuhi keperluan pasaran pada masa depan boleh dicapai melalui kurikulum pembelajaran berkaitan teknologi maklumat dan komunikasi yang sentiasa dikemas kini. Justeru itu, sebagai pengguna yang bijak kita tidak harus menyalahgunakan kemudahan teknologi maklumat ini. Penggunaan ICT dalam pembelajaran adalah prasyarat bagi Malaysia untuk menjadi Negara yang berpendapatan tinggi. Namun, kerajaan Malaysia khasnya Kementerian Pelajaran Malaysia perlu berusaha mengatasi masalah-masalah yang timbul.
0 comments:
Post a Comment